Monday, 12 December 2011

BR1M

Mungkin ramai antara kita yang tidak layak menerima bantuan kerajaan ini. Tapi apa salahnya kita war-warkan kepada mereka yang layak dan memerlukan... Pasti ada ibu bapa di kampung, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang layak dapat memanfaatkan bantuan daripada kerajaan ini..
Mungkin ramai yang menganggap RM500 itu terlalu sedikit nilainya untuk kehidupan pada zaman moden ini.. Tapi bagi yang memerlukan, dengan nilai RM500 itu dapat juga menampung mana-mana yang tidak cukup.. Walaupun tidak banyak, sedikit pun memadai untuk meringankan beban..

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Bantuan Rakyat 1Malaysia. Atau hubungi terus hotline BR1M di talian 1-800-222-500. Senarai kaunter untuk pengambilan borang juga boleh didapati di link tadi. Kalau tak sempat nak ambik borang permohonan kat kaunter, boleh download je di link yang sama. Bagaimanapun pengambilan borang permohonan di kaunter adalah sehingga 10 Januari 2012 sahaja. Oleh itu segeralah dapatkan borang permohonan dan kembalikannya secepat mungkin...

Ehmmm..ehmmm.. Aku ni bukanlah pekerja kementerian kewangan ke hape nak buat promosi percuma kat sini Hehehe.. Saje jer berkongsi info ni untuk kebaikan bersama.. 
*All photos are courtesy from Google image search.

Wednesday, 7 December 2011

Ibu Tak Tutup Aurat???

Piiinnn Piiiiinnnnn....!!!
Aku cepat-cepat menyarung tudung.. Ohh.. Posto rupanya.. Aku cepat-cepat membuka pintu gril. Encek posmen menanti di luar pagar di tengah panas terik.. 

Qiqie yang sedang khusyuk mewarna colouring booknya, tiba-tiba memandangku dan menjerit... "Ibu!!! Ibu tak tutup aurat???" Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya dan 'mengecheck' diri sendiri.. Errrkkk....!! Aku pakai tudung tapi pakai t-shirt tangan pendek.. Huhuhu.. 

"Kejap Qiqie.. Nanti posmen tu pergi.." Kataku terus berlari ke arah pintu pagar... Sebaik saja aku masuk semula ke dalam rumah, Qiqie bertanya lagi, "Kenapa Ibu tak tutup aurat?" Errrkkk...! Macam guru disiplin daaaa.... "Ibu nak cepat tadi.. Tak sempat nak cari baju tangan panjang.. Kang posmen tu dah pergi..." Ooppsss encek posto pulak yang nak disalahkan.. Huhuhu... Qiqie hanya mendiamkan diri dengan jawapanku...

Piiinnn Piiiiinnnnn....!!!
Kali ni pizza delivery pulak.. Aku dengan rutin biasa selepas menyarungkan tudung terus gi bukak pintu... Dan sekali lagi.... "Ibuu...!!! Ibu tak tutup aurat!!!!!" 

Errrrkkkkkk...!!!

Huhuhu... Terima kasih anakku di atas peringatanmu... Sesungguhnya Ibu tidak salah dalam mendidikmu.. Memang Ibu yang bersalah kerana kadang-kadang tidak menjaga aurat Ibu dengan baik...
Lepas ni Ibu akan cuba menjaga aurat Ibu dengan lebih baik.. Insya Allah.. Pada Ibu, memanglah agak leceh nak duduk di rumah pun pakai baju tangan panjang.. Mana nak mencuci pinggan mangkuk, memasak, mengemas dan sebagainya, panas lagi.. Tapi lepas ni Ibu akan cuba sediakan satu baju atau blouse tangan panjang yang Ibu boleh sarungkan saja bila nak jumpa encek posto atau encek pizza.. Boleh ya sayang..?
*All photos are courtesy from Google image search.

Tuesday, 6 December 2011

The Undomestic Goddess

Akhirnya dapat gak novel The Undomestic Goddess karya Sophie Kinsella ni hadiah daripada Qiqie and hb untuk belated birthday 3 bulan lepas.. Tak kisahlah dapat hadiah birthday lambat pun.. Hehehe.. Terima kasih daun keladi to my 2 darlings..! Lain kali bolehlah beli novel lain pulak ya... Hehehe..

Kalau nak ikutkan, di zaman anak dara dulu memanglah hobi suka membaca novel dan juga buku-buku lain yang menarik perhatian.. Semalaman pun boleh habis baca satu buku yang tebal-tebal tu.. Tapi itu dulu.. Sekarang sejak dah jadi mak dara ni, aktiviti membaca buku atau novel menjadi agak terhad di atas sebab kekangan masa... Nak habiskan novel Remember Me? oleh penulis yang sama pun ambik masa berbulan-bulan.. Itu pun baca dalam kereta sementara menunggu Qiqie Ila habis sekolah.. Hihihi.. 
Tapi sejak dapat hadiah baru ni, tangan ni pulak asyik gatal je nak 'membelainya'.. Itu pun kantoi dah baca 2-3 mukasurat pertama! Muahahahaha.. Tak reti-reti nak sabar... Sabar wak sabaaaaarrr... Munah lari wak kejaaaarrrr...! Grrrrr...!!! Nak tak nak kena put on hold dulu baca novel ni, sebabnya hari-hari kena kemas dan packing barang untuk pindah rumah.. Takpe takpe.. Tak ke mana larinya novel tu kaaann.. Hikhikhik...
*All photos are courtesy from Google image search.

JOM SERTAI 'BLOGLIST' AHSFANTASY24 2012!

Memalam blogwalking, sampai pulak ke rumah ahsfantasy24 ni.. Joinlah juga segmen ni.. Sekadar memeriahkan suasana.. Maceh kepada ahsfantasy24 di atas undangan ini.. Hehehe.. :)

Kalau ada kengkawan yang rasa nak join, boleh klik sini ya.. 

Monday, 5 December 2011

Feliz Aniversario Mi Amor...

♥♥♥ Hari ni genaplah 8 tahun usia kami melayari bahtera rumahtangga.. Alhamdulillah... Segala puji-pujian bagiMU di atas jodoh ini.. Rasa macam baru je hidup bersama.. ♥♥♥ Hehehe..
 
Bukan mudah menghadapi cabaran hidup berumahtangga ini.. Setiap pasangan pasti diuji dengan pelbagai dugaan yang berbeza.. Semua keputusan dan tindakan bergantung kepada kekuatan mental, jatidiri dan juga kebijaksanaan untuk menepis segala macam ujian yang datang..

Alhamdulillah... In the past 8 years, we have been through all the ups and downs of life together.. Come what may... Come rain or shine.. May all the years to come bring us more joy and happiness together... Ameeennn.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita sekeluarga..
♥♥♥ Thank you for your love and confidence in me, my husband.. Thank you for making me feel so special for being your wife.. Gracias por todo...! Te quiero mucho mi amor..! ♥♥♥
   
Kalau dah namanya ada celebration, tak sah ler kalau takde makan-makan.. Hehehe.. Semalam pre-anniversary dinner kami.. Hb tanya nak makan kat mana.. Cepat aje mulut ni menjawab.. "Marche..!" Hehehe..
 
Bagi yang tak tau pasal restoran Marche ni, ia terletak di The Curve, dekat dengan Ikea/Ikano.. (Mak aihhh... Kat Ikea semalam ramainya manusia... Pening kepala nengoknya..) Anyway, konsep Marche ni ala-ala fresh from the market dan layan diri sendiri.. Pilih menu, lepas tu diorang akan masak kat situ jugak.. Dah masak, gi amik sendiri.. Pastu makan dan bayor ler sendiri.. Ngeeee.... :p! Dulu masa first time masuk restoran ni, macam terpinga-pinga la jugak nak memilih dan memesan makanan.. Sekarang ni dah terer dah... Qiqie pun dah buat kedai tu macam rumah dia sendiri.. Pandai aje nak gi amik dessert sendiri... Hehehe...
 
Pada tekak kami, makan kat sini memang best..! Walaupun harganya agak mahal.. Sekali kami makan untuk 3 beranak boleh mencecah RM100, tapi makanannya sedap... Lagi pun bukannya selalu ke sini.. Sekali-sekala je.. Kalau hari-hari makan kat sini, taukey balak pun bankrap.. Hahahaha...
  
Gambar-gambar suasana dalam restoran dan makanan yang kitorang makan tak sempat nak snap sebab dah tak sabar nak makan.. Hahaha.. Layan je la gambar-gambar dalam restoran yang amik kat Google ni ya...   
  
  
  
*All photos are courtesy from Google image search.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...