
Assalamua'alaikum semua.. Hehehe.. Join segmen lagi.. Bolehlah ya.. Sekadar memeriahkan suasana Ramadhan dan Syawal tahun ni.. Adik Luna Lanun kata suh bagitau kuih raya pebret sepanjang zaman.. Hmmm.. Apa ek... Haaa...ni diaa...
v
v
v
v
v
* Photos are courtesy from Google search.
Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah kuih batang buruk ni haa.. Tatau la apsal suka kuih ni.. Maybe sebab sedap la kot.. Hehehe..
Dulu-dulu masa zaman anak dara pernah belajar buat kuih batang buruk ni dengan makcik.. Hmm.. Setakat belajar je la.. Nak buat untuk suka-suka atau makan sendiri.. Idok lerrr... Sebab agak leceh juga nak membuatnya... Baik beli je kat kedai.. Hehehe..
Tapi tu la, biskut atau kuih raya yang dibeli ni, sama ada sedap, tak sedap atau bolehlah untuk ditelan.. Huhuhu.. Pastu pulak harganya semakin mahal.. Kalau sedap ok la juga walaupun mahal kan.. Bolehlah dipejam mata buat-buat tak nampak regenya tu asalkan sedap di tekak.. Tapi kalau mahal dan rasa hampeh.. Huhuhu..
Oklah banyak lak mengomel.. Kepada tetamu-tetamu yang sudi datang, jemputlah makan kuih batang buruk ni ya.. Sila.. Sila... Hehehe.. Makan leklok tau, jangan main ngap je.. Kot nanti tersedak lak.. Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.. :)
