Friday, 22 July 2011

Menu Rakyat 1Malaysia


Malam bila entah tengok Buletin Utama TV3, ada kempen Menu Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.. Untuk bekpes harga maksima ialah RM2. Lunch pulak RM4... Bagus gak ada kempen macam ni.. Sekurang-kurangnya masa dompet tengah kempis tu, ada gak tempat makan yang murah kan.. 

Untuk senarai kedai makan yang mengambil bahagian, bolehlah klik di sini..

Wednesday, 20 July 2011

Makan Mangga Macam Monyet..!!??

  
  
* All photos are courtesy from Google search.
Sedapnya buah mangga kan.. Droolingggg...! Hehehe Aku ni memang hantu mangga dari zaman anak dara dulu lagi.. Baik mangga muda, jeruk mangga atau mangga masak ranum, semuanya aku belasah.. Hehehe Cuma semenjak dua menjak dah jadi mak dara ni kurang sikit aku makan jeruk mangga.. Tapi mangga masak memang aku tak tolak punya.. Ekekekeke..

Bercerita pasal buah mangga ni teringat kisah aku makan mangga dengan adik perempuan aku yang nombor lima. Cerita ni masa aku anak dara dululah.. Masa tu kami dapat stok mangga yang banyak kat rumah.. Apa lagi melompat katak la kami.. Suka hati betul dapat makan mangga sebanyak mana yang kami nak.. Hahaha..

Seronok je kami duduk kat dapur 'mengerjakan' mangga tu.. Sambil kupas mangga dok bersembang-sembang.. Suka hati la katakan.. Dah selesai mengupas, apa lagi ngaaappp laa.. Tak cukup dengan isi mangga, biji mangga tu pun jadi mangsa 'kerakusan' kami.. Entah kenapa macam syok je makan biji mangga tu.. Hahahaha..
Tengah sedap menikmati mangga tu, dengan mulut yang penuh dengan mangga, tetiba adik aku cakap, "Eh Kaklong... Kita ni makan mangga macam monyetlah kan..!" Aku terdiam dan kami berpandangan sesama sendiri.. Tangan masing-masing dengan biji mangganya.. Mulut pulak comot dengan kesan buah mangga.. Buruk benor perangai anak dara dua orang ni.. A'ah laa... Memang macam monyet!!! Hahahahahahaha... Nasib baik tak makan mangga tu sambil mencangkung, kalau tak.. Lagi la sebijik macam monyet..! Hahahahaha...
Sekarang ni aku dah tak makan mangga macam tu lagi dah.. Hehehe Kenalah control anggun sejak dah jadi bini dan emak orang ni kan.. Bila potong mangga, terpaksa lah aku tahan 'nafsu' bila tengok biji mangga tu... Hahahahaaa... Walaupun kadang-kadang tak tahan gak, aku makan la sorok-sorok kat dapur.. Malu lak kalau hb dan si Qiqie nampak aku makan biji mangga tu macam monyet..! Hahahahahahahaaa... 

Wednesday, 13 July 2011

Yuran Astro Naik Lagi...

Semalam baru dapat surat daripada Astro. Haiii... Yuran bulanan naik lagi.. Rasanya baru je naik beberapa bulan lepas.. Ikutkan hati nak aje di'terminate'kan servisnya.. Tapi kesian lak kat Qiqie tak dapat tengok kartunnya dan hb lak tak dapat tengok F1 nya.. Hmmm.. Apo nak dikato.. Huhuhu..

Tuesday, 12 July 2011

Hmmm... Over Protective??

    
*Photos are courtesy from Google search.
Pada suatu hari Qiqie bertanya padaku, "Ibu, bila Qiqie nak lintas jalan sendiri ke sekolah macam budak-budak lain..?" Aku terdiam.. Hmmm...

Selama ni bila aku hantar Qiqie ke sekolah, aku memang lintas jalan bersama-sama dengan dia.. Ada 2 jalan yang perlu dilintas sebelum sampai ke sekolah.. Dan memang ada dua orang penjaga lalu lintas yang menjaga murid-murid melintas jalan tersebut.

Entahlah, selama ni aku tak pernah terfikir pun nak biarkan Qiqie melintas sendiri tanpa aku menemaninya.. Selalunya aku akan tunggu Qiqie sehingga dia masuk ke gate sekolah. Bila dia dah hilang daripada pandangan barulah aku balik.. Tak senang hati dibuatnya kalau tak tengok Qiqie masuk ke sekolah dengan selamat..

Berbalik kepada soalan Qiqie tadi.. Aku tak tau nak jawab apa.. Last-last aku cakap kat Qiqie, "Satu hari nanti Ibu bagi Qiqie lintas sendiri ya.." Tetiba dia tanya lagi sambil tersengih-sengih.. "Bila Ibu..? Bila..?" Ni yang malas nak jawab ni.. Lepas satu soklan ada lagi soklannya.. Hadoiii....

Pssstttt... Am I being silly? Or just an over protective mother for my only child..??? 

Sunday, 10 July 2011

Mr. Popper's Penguins

We went to the movie to watch Mr. Popper's Penguins yesterday.. I have never been Jim Carrey's fan but the movie was awesome! Best..! We had a good laugh with Captain, Stinky, Loudy, Bitey, Nimrod and Lovey.. Love the adorable penguins!  They are so so cute..!

Jim Carrey dah nampak tua sikit dalam citer ni.. Lawak dia pun tak over sangat, just nice.. Hahaha.. Anyway, it's a good movie for the whole family.. Jangankan untuk budak-budak..mak-mak budak pun seronok gak tengok citer ni.. Hehehe
 
  


* All photos are courtesy from Google search.

Thursday, 7 July 2011

Apam Yogurt Strawberry & Air Halia

Masa gi jenjalan ke blog-blog sifu masakan Kak Ummi Kuantan dan Che Mat Gebu yang meletops tu terjumpa la pulak resepi Apam Yogurt dan Air Halia ni.. Haaa.. Baguuusss.. Kebetulan yogurt ada kat dalam fridge.. Halia pun melambak-lambak.. Boleh buat eksperimen ni.. Hehehe..

Memandangkan aku takde kaler purple atau pes keladi, aku belasah je la dengan strawberry emulco.. Hehehe Dah itu aje yang ada dalam lemari, halal lah ek.. Nasib ko la labuuu..

Masa tengah mengukus apam tu, harum semerbak je bau yogurt kat dalam rumah.. Best! Bila dah masak rasanya pun sedap.. Sedap pada tekak aku laa.. Tekak orang lain tak tau la pulok.. Nasib baik menjadi apamnya.. Hehehe..

Air halia tu pun best.. Aku memang suka halia jadi aku  tambah lah extra halia daripada resepi asalnya.. Boleh lah kan.. Sendiri mau telan.. Ikut suka hati tekak sendiri la kan.. Hehehe Terima kasih banyak-banyak pada Kak Ummi dan CMG kerana sudi berkongsi resepi..

Lelaki Ini ~ Anuar Zain


Layan lagu Anuar Zain ni dululah ya.. Best.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...