Thursday, 18 July 2013

Ibu Masak Apa??

Assalamu'alaikum.. Tak lupa juga diucapkan selamat berpuasa dan selamat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.. In shaa Allah hari ni dah hari ke 9 kita berpuasa. Alhamdulillah... Kita masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini..

Tahun ini anak saya Qiqie Ila begitu bersemangat berpuasa. Alhamdulillah walaupun umurnya baru 9 tahun, dia bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh pada tahun ini. Tahun lepas Qiqie hanya sempat berpuasa selama 21 hari. Hari yang selebihnya saya tidak membenarkannya berpuasa kerana Qiqie tidak sihat.. 

Ramadhan kali ini walaupun jelas kelihatan yang Qiqie amat kepenatan setelah pulang dari sekolah, namun tetap digagahi juga untuk meneruskan puasanya. 
"Sayanglah kalau Qiqie berbuka," jawab Qiqie apabila saya menyuruhnya berbuka jika dia tidak larat..

Yang kelakarnya tahun ini, setiap hari balik dari sekolah Qiqie akan bertanya, "Ibu masak apa hari ini..?" Kalau dah anak bertanya begitu, semua ibu pun menjadi semakin rajin nak memasak untuk anak kesayangan.. Kaannn..? Hehehe Qiqie juga semakin berselera untuk makan kalau nak dibandingkan dengan hari-hari biasa.. Alhamdulillah..  Selalunya payah sangat nak suruh budak ni makan.. Selera di bulan Ramadhan agaknya.. Hehehe
Image courtesy from Google image search.



Saturday, 15 June 2013

Selamat Berhujung Minggu!

Lama tak menulis di blog ni.. Bukan malas atau tak ada ilham, cuma masa yang terlalu padat dengan urusan yang terlalu banyak nak diselesaikan.. Hmm..Sabo je la..

Anyway.. Selamat berhujung minggu... Semoga semua urusan kita dipermudahkanNYA dan diberkatiNYA.. Aameeenn... 

Thursday, 21 March 2013

Sempat Lagi Tu...

Semalam duduk-duduk bersantai kat ruang tamu bersama Qiqie Ila, mata pun menjeling ke arah televisyen yang terpasang. Biasalah cerita kartun Qiqie aje! Kartun amende ntah.. Tajuknya pun saya tak tau, tapi ada pasal kucing dan lipas.. Kucing betina tu tetiba menjerit dengan kuat dan menangis teresak-esak sambil menyorok kat bawah bantal, tamo jumpa boiprennya si kucing jantan.. Rupa-rupanya kucing betina tu naik jerawat seketul kat dahinya.. Hehehe..

Saya pun bersuara, "Alaaa.. Naik jerawat seketul pun sampai macam tu sekali.. Apa daaa..."

Tetiba Qiqie pun menyampuk, "A'ah.. Ibu tu bila naik jerawat takde menyorok kat rumah pun.. Ok je keluar rumah..."

Amboi amboiiiiii... Main kasar nampaknya Qiqie.. Takde angin, takde hujan, tetiba kita pulak yang kena...! Huhhhh... Budak-budak zaman sekarang.. Mulut kemain laser lagi kan..


Friday, 1 February 2013

Nak Makan Fried Horse?

Hehehe... Tergelak-gelak sampai sakit perut dibuatnya bila baca ni kat Tesco Ipoh..



Ohhh tidaakkk... Kuda yang dah skinless.. :p!

Yang ni pulak kuda yang dah dipanggang.. Hehehe

Adoyaaaiii.. Suka-suka ati je eh bagi nama.. Tau la mende alah ni kacang kuda dalam Bahasa Malaysia.. Tapi dalam English kalau tak silap saya dipanggil 'chick peas'.. Sila betulkan kalau saya silap..

Wednesday, 30 January 2013

Babai Cermin Mata...

Anda memakai cermin mata? Bagaimana dengan pasangan anda? Risau anak-anak anda akan turut memakai cermin mata disebabkan faktor keturunan..?

Selain daripada LASIK, kini ada rawatan lain iaitu ORTHOKERATOLOGY (Ortho K) yang sangat sesuai untuk kanak-kanak..

Anak saya dah pun mencubanya dan setakat ini Alhamdulillah Qiqie serasi dengan rawatan Ortho K ini..

Oppsss... Saya tak menyediakan rawatan ini.. Hehehe.. Hanya nak berkongsi pengalaman.. Sebagai ibu bapa saya memang merasa sangat risau apabila Qiqie terpaksa memakai cermin mata sejak dari umur 7 tahun lagi.. Saya pasti di luar sana, pasti ramai lagi ibu bapa yang berperasaan demikian kan..  In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman anak saya dengan rawatan Ortho K ini pada lain entri.. 

Tuesday, 29 January 2013

Kalau Anak Berpindah Sekolah...

Pengalaman yang saya nak kongsikan kepada anda di luar sana jika terpaksa berpindah dan menukarkan sekolah anak.. 

Anak saya Qiqie Ila adalah murid batch pertama untuk sistem KSSR yang bermula pada tahun 2011. Tahun lepas kami terpaksa berpindah dari Shah Alam ke Ipoh atas tuntutan kerja. Proses penukaran sekolah agak mudah apabila mendapat kerjasama yang baik daripada sekolah lama dan juga guru kelas Qiqie Ila.. Alhamdulillah.. Yang bestnya buku teks dan aktiviti yang dipinjamkan juga tidak perlu dipulangkan kepada pihak sekolah. Sebaliknya terus dibawa ke sekolah baru untuk digunakan di sana..

Dua minggu lepas, setelah mengambil Qiqie Ila dari sekolahnya, Qiqie memberitahu saya guru kelasnya mahu saya menelefon sekolah lama Qiqie untuk mengambil buku teks. Saya terpinga-pinga.. Apa hal pulak nak ambil buku kat sekolah lama, tanya saya semula pada Qiqie.. Kan dah dapat buku teks..? Saya tidak faham apa yang cuba disampaikannya.. Saya menyuruh Qiqie bertanya kepada guru kelasnya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.. Tapi biasalah budak-budak ni, kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Haru-biru jadinya apabila seorang berbahasa itik dan seorang lagi bercakap bahasa ayam.. Hehehe..

Isnin baru-baru ini Qiqie memberitahu guru kelasnya bertanya lagi.. Adoyaaiii.. Amende la cikgu ni nak sebenarnya..?? Untuk mendapatkan kepastian, minggu lepas saya berjumpa dengan guru kelas Qiqie... 

Lerrr.. begini ceritanya.. Qiqie Ila mula bertukar ke sekolah baru pada bulan Mei 2012. Guru SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) pula akan menempah buku-buku teks murid-murid KSSR untuk tahun berikutnya pada bulan Februari, berdasarkan bilangan murid di setiap kelas pada waktu itu. Memandangkan pada bulan Februari 2012, Qiqie masih lagi belajar di sekolah lamanya, buku-buku teks tahun 3 untuk kegunaan pada tahun 2013 telah ditempah oleh sekolah lamanya.

Apabila Qiqie memasuki tahun 3 di sekolah barunya, Qiqie sebenarnya tidak ada buku teks tahun 3 kerana buku teksnya masih berada di sekolah lama! Walau bagaimana pun, guru kelas Qiqie ni pulak terlupa akan hal tersebut, dan terus memberikan buku teks pada Qiqie pada hari pertama sekolah. Akibatnya ada murid yang tidak mendapat buku teks kerana buku teks tidak mencukupi.. 

Mahu tak mahu pada hari Jumaat lepas terpaksalah Qiqie dipontengkan bagi membolehkan kami mengambil buku teksnya di sekolah lamanya di Shah Alam.. Adoyaii.. Bukannya dekat-dekat.. Dari Ipoh ke Shah Alam semata-mata untuk mengambil buku teks.. Tapi takkan nak buat tak tau pulak kan, kesian juga pada murid yang tak dapat buku tu.. Gara-gara bukunya dah diberikan pada Qiqie, tak dapat belajar pulak dia.. Kejam sangatlah kami ni kalau nak berlengah-lengah lagi mengambil buku teks di sekolah lamanya.. 

Alhamdulillah.. Guru SPBT di sekolah lama Qiqie memberikan kerjasama yang sangat baik. Dan tadi juga saya telah menemui guru SPBT di sekolah Qiqie untuk menyerahkan buku teks itu.. 

Alhamdulillah semuanya dah selesai.. Pengalaman baru buat kami.. Sebenarnya proses ini memang agak leceh apabila kami terpaksa berpatah balik ke sekolah lama yang terletak di negeri berlainan.. Saya ada bertanya kepada guru berkenaan apa alternatif lain jika tidak ibu bapa tidak dapat mengambil buku teks di sekolah lama murid. Kata cikgu tu mungkin boleh dibeli di kedai buku.. Tapi disebabkan buku-buku teks pun batch baru, so agak sukar untuk mendapatkannya di kedai.. Pilihan satu lagi, cikgu boleh menempah semula buku teks tetapi besar kemungkinan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tangan murid.. Huhuhu.. Untuk memastikan anak-anak tidak terganggu pelajarannya, nak tak nak terpaksalah ibu bapa ni ikutkan juga.. Apo nak dikato.. 
Fikir saya dalam hati, tak boleh ke pihak sekolah menempah buku teks lebih sikit daripada jumlah murid yang sedia ada.. Sebab rasanya dalam setahun tu mesti ada juga murid-murid yang berpindah sekolah.. kan..? Atau diwujudkan satu alternatif untuk lebih memudahkan ibu bapa, guru dan juga dan murid.. Ipoh ke Shah Alam balik hari pun dah letih.. Apatah lagi kalau Perlis ke Johor..?Hmmm.. Entahlah..
*Gambar ihsan Google image search.

Tuesday, 4 December 2012

Untuk Wanita Sahaja

Sumber daripada FB Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perkara yang selalu kurang dititikberatkan...
TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah:

1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik. Padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan tuala wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.

Friday, 23 November 2012

Mahukah Kita Mendengar...?

Sebagai ibu bapa, sudah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak yang tercinta. Kita mahukan anak-anak mendengar dan menuruti apa yang kita suruh.. Tapi mahukah kita sebagai orang dewasa mendengar dan melakukan apa yang disarankan oleh anak-anak kita..? Lebih-lebih lagi jika apa yang dikatakan oleh anak-anak itu adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan..?

Seperti contoh, pada suatu hari Qiqie Ila pulang dari sekolah dan bercerita tentang aktiviti di sekolahnya. Ada sebuah syarikat produk hygiene telah datang ke sekolah dan berkempen tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada murid-murid.
Qiqie: Ibu tau tak.. Kalau kita dah lepas guna toilet bowl, kita mesti tutup toilet bowl tu dengan penutupnya..

Ibu    : Ye ke..? Tapi kenapa..?

Qiqie: Sebabnya orang yang datang kat sekolah tu bagitau, toilet bowl tu masih ada germs walaupun kita dah flush.. Macam orang sneeze, bila sneeze kemudian tak tutup mulut, semua germs akan merebak.. Heee... Geli Qiqie tengok gambar yang orang tu tunjukkan kat sekolah.. Germs yang banyak tu akan spread everywhere dalam toilet kalau kita tak tutup toilet bowl..

Ibu    : Ooohh.. Macam tu ye.. Ibu pun tak tau sebelum ni..

Qiqie: Lepas ni Ibu dan Ayah mesti tutup toilet bowl bila dah guna toilet bowl tu ye..
Ibu    : Ye lah.. Kita sama-sama jaga kebersihan ok..? Bagus anak Ibu ni..

Mula-mula memang asyik terlupa je nak turunkan penutup toilet bowl tu lepas guna.. Tapi lama-lama kami bertiga dah mempraktikkannya.. 
Cuma bila ke rumah neneknya, ada yang bising-bising bila toilet bowl asyik ditutup selepas menggunakannya.. Puas Qiqie menerangkan kepada mereka, tapi setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je kot.. Biasalah.. Agak susah untuk melakukan perubahan kan.. Hehehe..
*All images are courtesy from Google search.

Tuesday, 30 October 2012

Happy Birthday Qiqieku Sayang...

Happy 8th birthday to my beloved Qiqie Ila... Selamat hari lahir sayang... Dah 8 tahun umur anak Ibu ni.. Terasa cepat sangat masa berlalu.. Macam baru semalam je Ibu dukung Qiqie masa baby.. Huhuhu.. Hari ni Ibu dah tak larat nak dukung dah.. 

Ibu doakan Qiqie sihat, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat dan juga sentiasa dilindungi oleh Allah.. Aameennn... Ibu dan Ayah sayang sangat pada Qiqie.. Muaaaaahhhhhhh.... :)
 
 
 
Dua kek birthday untuk Qiqie.. Yang Barbie doll tu for display only.. Comey sangat-sangat sampaikan sayang nak makan... Hehehe.. Yang dipotong hanyalah kek cekelak moist tu.. Hehehe... Dua-dua kek ni dibuat oleh mak sedara Qiqie yang comel.. Kalau nak order boleh terjah ke blog dia kat sini.

Thursday, 27 September 2012

Memasak...

Huahuahuaaa.... Inilah hasilnya memasak ketika sakit pinggang... Agaknya kalau tak sakit pinggang, siap masak-masak untuk kenduri lagi tu... Hehehe... Ohhh tidaaaaaaaaakk... Patah pinggangku ini...

Yang sebenarnya masak lontong untuk Qiqie Ila.. Kesian dia dah lama mengidam nak makan.. Sakit tak sakit digagahkan juga memasak untuk anak.. Hilang sekejap sakit bila tengok Qiqie dan ayahnya makan dengan penuh selera.. Alhamdulillah...

Dahhh... Nak gi cari tukang urut pulak.. Huhuhu... 

Friday, 14 September 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamu'alaikum... Dah lama saya tak join apa-apa segmen. Tadi ternampak segmen HH ni.. Apa lagi.. Boleh la join kan.. Harap-harap masih sempat untuk mendapat tempat sebagai 200 blog terawal tu.. 

Dulu-dulu saya dah pernah join segmen anjuran HH ni sebab tu la blog HH dah sedia ada dalam bloglist saya. Memang best la bila dapat join bloglist blogger otai ni sebab diorang dah ada ramai pembaca.. Secara tak langsung, mungkin ada juga yang berminat nak singgah ke blog saya yang suam-suam kuku ni.. Hehehe... Pada saya kalau dapat followers ramai best juga.. Tapi yang lagi best bila ada ramai pembaca setia yang selalu singgah ke blog kita.. Asalnya dok mengomen-ngomen kat blog je.. pastu lama-lama jadi kawan betul-betul.. Kan best gitu.. Hehehe.. 

Kalau ada sesiapa nak join, boleh ke sini. :-) 

Thursday, 13 September 2012

Kalau

Photo: Alhamdulillah...Thank You Allah <3...
Kalau bosan, jangan lama-lama...
Kalau sedih, usah larut panjang berjela...
Kalau marah, tahanlah semampunya... 
Maafkanlah semua yang melukakan kita...
Mintalah maaf daripada orang yang kita lukai...
Mohonlah ampun pada ALLAH..

Kuatkan hati, bangun semula...
Photo

Tuesday, 11 September 2012

Betul Juga

Hmmm... Kadang-kadang betul juga kaaann... Ada masanya kita nak cover line supaya orang yang bertanya tu tak risau sangat, jawab je la 'Ok'.. Padahalnya Tuhan aje yang tau apa yang ada dalam hati...

Kadang-kadang juga disebabkan marah, terasa hati atau kecewa, laju je mulut tu cakap, 'I don't care'.. 'Lantak kau lah..', 'Ada aku kesah..???'.. Padahalnya dalam hati... Sendiri mau ingat ler.. Hehehe...

Kadang-kadang kita diamanahkan supaya menyembunyikan sesuatu. Tapi bila ada yang cuba menjadi 'kapal korek', terpaksa juga cakap 'Entahlah..', 'Tak tau..' Tapi sebenarnya tau.. Huhuhu... Mana ada bohong sunat ye tak..? 

Sebagai manusia, adakah kita bersalah jika pada masa-masa tertentu kita terpaksa menyembunyikan perkara sebenar...? Hmmm... Memang kita dianjurkan supaya berkata benar setiap masa walaupun kadang-kadang hakikatnya begitu pahit untuk ditelan... Tetapi jika diberitahu juga perkara yang sebenar, dapatkah mereka yang mendengarnya menerima kenyataan tanpa ada rasa marah, kecewa dan perasaan-perasaan  negatif lain yang sewaktu dengannya...? Hmmm...

Salam Syawal

Assalamu'alaikum dan selamat hari raya kepada semua walaupun Syawal dah nak abess.. Hehehe.. Lama tak bersiaran kat sini.. Kak Ana kata nanti blog kena hinggap dengan makhluk halus! Huahuahuaa... Lawak sungguh Kak Ana ni.. Bukan merajuk atau takde idea nak mencurah perasaan kat belog yang suam-suam kuku ni.. Cumanya masa dan keadaan kesihatan yang kureng mengizinkan untuk mengadap komputer ni lama-lama... 

Alhamdulillah... Tahun ni dapatlah merasa berpuasa dengan hb. Sebab tahun-tahun sebelum ni hb keje jauh, hujung minggu je ada kat rumah (kalau tak outstation). Tahun ni dapatlah kami tiga beranak sama-sama bersahur dan berbuka puasa.. Syukur.. Tahun ni juga dapat merasa 'balik kampung'.. Walaupun kampungnya kat KL.. Hehehehe... Ok la tu kan... Pengalaman baru untuk kami tiga beranak..
 

Monday, 16 July 2012

Bila Cinta Beralih Arah...

Dua bulan lepas ketika pulang ke kampung, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat, Kak Ell di rumahnya. Terkejut dan menangis saya bila Kak Ell menceritakan masalah rumahtangganya dalam tangisan di dapur rumahnya.. Kak Ell saya peluk erat-erat sebelum kami berpisah. Doa saya dalam hati, Ya Allah.. Kau kuatkanlah semangat sahabatku ini.. Kami sama-sama menangis.. 


Siapa sangka rumahtangga Kak Ell yang dibina selama 13 tahun tiba-tiba goyah disebabkan ada orang ketiga.. Siapa yang menduga suami yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya mula main cinta dengan rakan sepejabatnya (yang juga isteri orang) setelah berjawatan besar.. Anak dan isteri mula diabaikan bila suami terlalu asyik memadu kasih.. Yang paling menyakitkan hati, si suami tergamak memberitahu kekasih barunya yang dia sudah bercerai dengan Kak Ell.. 

Saya pernah terdengar satu ceramah agama, jika seorang suami memberitahu orang lain bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya, sebenarnya talak itu sudah jatuh kepada isterinya.. Huhhhh... Scary kan..? Alangkah bahayanya bagi suami untuk mempermain-mainkan lafaz talak ini.. Walaupun niat asal hanya sekadar untuk main-main atau untuk menipu kekasih barunya tapi sebenarnya talak itu sudah sah di sisi agama... Huhuhu.. 

Khabar terbaru, kes Kak Ell sudah dibawa ke mahkamah.. Kesian sangat pada Kak Ell... Semoga Kak Ell terus sabar dan kuat menghadapi dugaan ini.. 

Dugaan datang pada kita dengan pelbagai rupa.. Kembalilah kita kepada Allah dan memohon kekuatan daripadaNYA... 

Wednesday, 11 July 2012

Memang Macam Tu Ke?

Seumur hidup saya, saya tak pernah sekolah girls school, methodist ke, convent ke.. Tapi di tempat baru ni, anak saya bersekolah di sekolah convent.. Semua budak perempuan je takde budak lelaki. Saya perhatikan cikgu pun semuanya perempuan takde cikgu lelaki. Lelaki yang ada hanyalah pak guard sekolah.. ekekekeke... 

Sekolah ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan sekolah lama Qiqie di Shah Alam dulu.. Rasa pelik juga bila dah biasa dengan sekolah besar tiba-tiba bertukar ke sekolah kecik, lepas tu murid dan cikgu pun tak ramai. Ada juga peraturan sekolah ni yang saya rasa 'ridiculous'.. Antaranya murid-murid tak dibenarkan bawa mechanical pencil dan pen ke sekolah.. Errkkk... Kenapa ya...??? Bila ditanya pada Qiqie kenapa? Jawabnya entah.. tak tau.. Cikgu tak bagi.. Siapa yang bawak pen, nanti kena rampas masa spot check.. Nak kata pen dengan mechanical pencil tu tajam, pensel biasa dan pensel warna tu pun tajam gak. Gunting tajam gak.. Tapi boleh je bawak ke sekolah.. Hmmm...?

Oohh.. Ada lagi yang saya tak puas hati.. Menurut Qiqie, cikgu hanya benarkan murid yang berambut pendek pakai cekak. Yang berambut melepasi bahu kena buat sanggul.. Ikat tak boleh.. Haaahhh...??!! Sanggul..?? Aduhaiii.. Memang semua sekolah convent macam ni ke..? Semua murid kena bersanggul.. Tapi kenapa pulak ya..? Di sekolah lain ok je nak ikat rambut satu ke.. Ikat dua ke.. Tocang ke.. Janji rambut murid kemas.. Tak bersepah dan tak berserabai.. Rambut si Qiqie ni pulak sikit je lagi nak sampai bahu.. Selalunya saya ikat je rambut dia bila pergi sekolah.. Dah kena panggil berdiri ke depan sebab tak sanggul rambut.. Huhuhu... Saya suruh dia gunting rambut dia tak nak.. Suruh dia pakai cekak, dia tak suka lak pakai cekak.. Alih-alih terpaksalah juga saya berhempas-pulas menyanggul rambutnya.. Nak sanggul pun susah juga sebab rambut tak cukup panjang.. Nasib baiklah ada jual hair accesories untuk sanggul kat book shop sekolah.. Sebijik dua hengget.. Haaahh.. belilah dua, satu sebagai spare, kot patah ke hape.. Adeiiii... 
 
Sebenarnya ada lagi perkara yang saya agak kurang puas hati dengan sekolah ni.. Kalau di sekolah lama Qiqie, cikgu kelas memang bagi nombor henpon masing-masing pada ibu bapa. So kalau ada apa-apa, ibu bapa boleh berhubung terus dengan cikgu. Memang pihak sekolah pun galakkan ibu bapa ambil nombor cikgu. Tapi kat sini tak macam tu.. Bila saya bertanya pada cikgu kelas Qiqie, dia hanya memberi alasan boleh call nombor telefon sekolah je.. Hmmmphh.. Kita pun bukannya takde kerja nak mengacau dia.. Cuma kalau ada apa-apa  kemusykilan berkenaan anak kita, bolehlah kita bertanya.. 

Sementara Qiqie masih di sekolah ini, nak tak nak terpaksalah akur dengan peraturannya walaupun tak puas hati.. Kalau later kami pindah lagi, terpaksalah menukar rentak dengan ikut peraturan sekolah lain pulak.. Hmmm.. Apo nak dikato..  

Hmmm.. Tengah panas-panas ni.. panas cuaca dan panas hati.. elok juga minum roselle yang sejuk dan nyaman ni kan... Oppsss... Apa kena-mengena lak ni.. Hehehehe.. Iklan enterprem.. Kihkihkihhh... :-)

Wednesday, 4 July 2012

Jangan Lupa Bersyukur KepadaNYA

Kesihatan yang baik itu sememangnya anugerah yang tak ternilai daripada Allah.. Oleh itu kita sebagai hambaNYA jangan sekali-kali lupa untuk bersyukur di atas kurniaanNYA itu.. Jangan sekali-kali kita riak dan sombong.. Jangan sia-siakan kesihatan yang baik untuk memaksimumkan ibadah kepadaNYA..

Malam entah bila ketika menikmati hidangan makan malam, sambil-sambil kami menjeling berita di tv yang memang sedia terpasang. Ada seorang 'public figure' sedang menceritakan bagaimana beliau menjaga kesihatan dan amalan-amalan yang beliau lakukan untuk kekal sihat.. 

Cuma yang tak sedap didengar dan saya juga hampir tersedak apabila mendengar kenyataan beliau yang agak berbau riak.. Katanya beliau bersih daripada segala jenis penyakit, tak ada kencing manis, tak ada sakit pinggang, tak ada sakit jantung.. Tak ada apa-apa penyakit, bersih daripada segala jenis penyakit..

Saya terdiam dan berfikir seketika.. Bukankah lebih baik jika beliau berkata, "Alhamdulillah.. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik sehingga hari ini.."

Tak kisahlah apa jenis amalan yang dilakukannya untuk kekal sihat, jika Allah tak mengizinkannya, takkan sihat juga dia.. Kalau Allah nak tarik balik nikmatNYA, dalam sekelip mata saja kita boleh kehilangan segala-galanya.. Teringat saya pada Cerekarama pada Sabtu malam yang lepas.. Watak lakonan Norish Karman begitu sombong dan takbur dengan kekayaan yang dimilikinya.. Masa tengah on the phone dengan pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh menantunya sendiri, dia cakap.. "....Mati??? Aku takkan matilah!!" Dia bukak pintu kereta nak keluar daripada kereta tetiba tebabommmmm...!!! Terus kena gelek dengan lori besau... Errrrkkk...!!! Mati tang tu jugak dia... Sungguh sadis... Huhuhu...

Moh kita jaga lisan kita.. Jaga hati kita.. Jaga ibadah kita kepadaNYA... Sesungguhnya nikmat Allah kepada hambaNYA terlalu banyak dan tak terhitung oleh kita.. Yang paling mudah.. Bersyukurlah kita kerana masih bernafas hingga ke hari ini..

Peringatan juga buat diri saya sendiri supaya sentiasa bersyukur di atas nikmatNYA yang tak terhingga... 

Friday, 15 June 2012

Bismillah 5


Antara fungsi Bismillah 5:

*Penawar bisa diri
*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*Penawar bisa-bisa badan
*Penawar bisa batu merian
*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau



2. Kalau tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar untuk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahawa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.


Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudarat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun. Insya Allah. 

Sumber: FB Kasturi Syifa' HQ

Perihal Makan

Kalau dah namanya berada di tempat orang, mesti nak juga merasa makan di tempat-tempat makan kat situ kan... Kami pun tidak terkecuali. Nak la rasa makanannya sesuai dengan tekak kami atau tidak.
Ada lah beberapa tempat makan yang kami dah cuba. Tapi kami telah dicaj dengan harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan pelanggan lain.. Errrkkk...! Apsal eh..? Adakah sebab mereka tengok muka kami ni muka orang luar, jadi bolelah caj kaw-kaw punya..?

Kalau kedai kepsi, mekdi atau kedai-kedai yang dah bagitau harga makanan dan minuman tu awal-awal, tak kisahlah.. Memang kita dah tau rege masing-masing.. Kalau nak order je, tak nak pun boleh blah je dari situ..

Ini kedai biasa-biasa je yang tidak dinyatakan harga lauk-pauknya. Bukan bertaraf hotel dan ada juga kedai makan kat tepi jalan.. Amik la makanan sebanyak mana pun, pastu bawak makanan kat kaunter dan bayar. Orang lain kat depan kami, lagi banyak lauk yang diambilnya tapi apsal kami yang lauk ala kadar je ni kena caj mahal pulak ya..? Ada sekali tu saya ambil lauk ayam seketul, kari daging seketul bersama kuah sikit dan nasi beriani harganya RM12! Mak oiiii... Orang depan tu lagi meriah lauknya cuma dicaj RM9.. Huhhh... Apa kes..???

Kat muka kami ni ada cop 'Sila caj kami dengan harga yang mahal' ke..???? Adoyaiiiii....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...