Monday 31 October 2011

Helper Diperlukan Segera!

  
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera.. 

Seorang 'helper' atau 'carer' (live in/tinggal bersama) diperlukan dengan kadar segera untuk membantu menjaga seorang nenek berusia 80an yang sangat uzur.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya melalui email idun.saidun@gmail.com. Terima kasih.
*All photos are courtesy from Google image search.

Saturday 29 October 2011

HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Saya join segmen HH lagi buat kali kedua... Hehehe.. Best juga kalau dapat masuk bloglist blogger otai seperti HH ni..
Apa pun terima kasih kepada HH dia atas kesudian beliau untuk membantu blogger-blogger baru seperti saya.. Hidup HH..!! Hehehe ayat bodek ke ni...?? Hehehe Dak aihhhh... Saje jer wat lawak... :)

Kalau ada sesiapa berminat nak join segmen ni, bolehlah jenjalan ke blog HH ni ya.. 

Garu Kepala

Tadi masa bukak Fesbuk, ada new friend request. Sape entah.. Kalau nak ikutkan infonya, kawan satu skolah tapi takde pulak nama penuh atau gambarnya. Aku pun check la sape friends' listnya.. Hmmm... Ramai bebudak skolah aku dulu.. Tapi aku masih tak kenal dia ni siapa..

Tiba-tiba mata aku melekat pada satu nama minah ni.. Ada button 'Add friend' kat hujung sebelah kanan nama dia.. Ehhh???? Aku memang dah friend-friend dengan dia tapi apsal tetiba lak dah tak jadik friend lagi?? Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal.. eh.. tipu... ada gatal la jugak sikit-sikit kepala ni.. hehehe Minah ni kawan skolah aku gak... Penah jadi bespren pulak tu masa skolah dulu. Tapi apa hal pulak dia dah delete aku daripada friends' list?????

Kalau nak kata bengang dan kecik hati, rasanya aku yang lebih layak nak delete dia daripada friends' list aku.. Last year, dia yang beria-ia kol aku ajak jumpa sebab desperate dan ada kepentingan peribadi.. Mengenangkan kami pernah jadi bespren,  aku pun setuju untuk jumpa.. Tapi lepas tu tiba-tiba dia buat dekk je.. Yang aku ni tertunggu-tunggulah update daripada dia.. Sampai sekarang pun takde pape respon, tau-tau dia yang delete aku..! Chehhh..hampehhhh...!

Sekarang ni baru aku sedar, tahap 'kebespresan' minah tu.. Kawan masa ada kepentingan ajelah ni... Ala-ala kawan yang 'jual ikan'..  get it? jual ikan = sell fish.. hehehe.. Dulu ingatkan betul-betul kawan baik, tapi lakonan semata-mata ya... Hmmm... Takpelah... Aku tak rugi pun tak berkawan dengan dia dan tak berada dalam senarai kawan-kawan dia.. To think on the bright side, mungkin dia malu di atas perbuatan dia dulu pada aku sebab tu dia undur diri daripada jadi kawan aku.. Agaknya la kot... hehehe..
*All photos are courtesy from Google image search.

Thursday 27 October 2011

Geramnya Kat Fiona!!

Dah lama tak update blog... Bz sket.. Last week Qiqie pekse, pastu ditambah pulak dengan segala bagai urusan mak nenek yang lain.. Jadik la super duper bz.. Hehehe

Ni terus nak marah-marah lak kat Fiona apahal.. Hehehe Takde la.. Emo sket nengok citer Sopiyyah kat TV3 tu haa...
Ada tak kengkawan yang layan citer tuh..? Hehehe Aku sebenarnya tak tengok dari mula pun.. Asalnya tertengok.. Pastu termelekat la pulak dok mengadapnya hari-hari.. Sanggup tu tengok dari episod awal kat tonton.com hehehe

Kesian kan kat si Sopiyyah tu.. Macam-macam dugaan hidup dia.. Tapi yang paling sakit hati dengan Fiona tu.. Jahat sungguh minah tu.. Ishhhh... Kalau dapat kat aku... Memang aku tarik-tarik rambut dia.. Muahahahahaha.. 

Watak Kamal lak lembeks semacam jer.. Tanpa usul periksa, percaya dan ikutkan sangat anak tirinya yang evil tu.. Sampai sanggup keluarkan harsh words dan hina isteri sendiri.. Sob.. sob.. Nanges aku masa part dia hina dan maki hamun Sopiyyah.. 
 
Tak sabar aku nak tunggu ending citer ni.. Harap-harap Sopiyyah akan hepi juga akhirnya... Aku baca kat paper ramai gak orang tak suka citer Sopiyyah ni. Kata mereka citer ni  memberi kesan negatif kepada penonton dan macam-macam lagilah.. Well.. Pendapat masing-masing.. Tapi pada aku, yang buruk itu boleh dijadikan pengajaran.. Bukannya takde kes haruan makan anak dalam masyarakat kita ni.. Melambak..

Oppss.. Lagi satu isu yang boleh aku kupas dalam citer ni.. Kalau kita ni suka kat seseorang tu, mesti berani untuk berterus-terang.. Jangan sonyap yo.. Cakaapp...cakaaappp.. Bak kata tuan director Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok.. Hehehe.. Kalau tak, jadilah macam Ilyas.. Suka dan chenta kat Sopiyyah tapi tak pernah berani nak berterus-terang, lepas tu terpaksa kahwin pulak dengan Fiona sebab terhutang budi.. 

Haishhhh.... Bole ke macam tu..? Hati dan perasaan sendiri gak yang merana akhirnya..  Yang lagi sadis, orang dia chente tu akhirnya jadi mak mertua tirinya pulak..! Adeiiii... Walaupun dah bercerai dengan Fiona, Ilyas  tetap tak bole kahwin gak dengan Sopiyyah.. Kalau tak silap aku, mak tiri atau bapak tiri adalah muhrim kekal, samalah juga statusnya dengan mertua atau mertua tiri.. Betul kan..? Errkkk... Kalau salah statement ni, harap ada yang sudi betulkan...

*All photos are courtesy from Google image search.

Tuesday 11 October 2011

Apa...?? Fascinator???

Qiqie Ila: Ibu.. Fascinator tu apa?
Ibu        : Haaa.. Fascinator??? Amende tu?? Ibu tak pernah dengar pun.. 
(Mode Ibu: agak kurang rajin mencari maknanya dalam kamus.


Qiqie Ila: Cuba Ibu search kat Google.. Kat Google image tu..
(Masih lagi dalam mode kurang rajin, tapi taip la jugak perkataan 'fascinator' tu...)


Qiqie Ila: Haaaa.... Ada pun gambarnya... Yessss! Bolehlah Qiqie lukis...
Ibu        : Errr... Haaa.. Lukislah cantik-cantik ya..
(Dalam hati.. Oohhh... Ini benda alahnya.... Pandai pulak budak ni.. Nape aku tak terfikir nak search kat Google tadi.. Huhuhu..)

  
  
  
  
*All photos are courtesy from Google image search.

Monday 10 October 2011

Kalau Dah BerTUANkan NAFSU...

Aku rasa mesti ramai yang dok tengok citer Tahajjud Cinta kat TV3 kan.. Aku pun tak terkecuali hehehe.. Mulanya tertengok secara tak sengaja.. Pastu lelama terikut la pulak.. Tiap-tiap minggu termelekat je kat depan tv tuh.. hehe


Aku tengok sweet je Fazura, Fauziah Ghouse, Dira dan Norish Karman pakai tudung dalam citer ni.. Tapi apa yang aku nak mengomel kat sini bukan pasal diorang tapi pasal ustaz Sauki yang patut mati tu.. Huhhhh.. Geram betul nengoknya.. Kononnya macam alim sangat dan berilmu tapi hipokrit.. riak.. Dia ajelah yang betul.. Orang lain salah.. Semua orang kena dengar dan akur dengan kata-katanya.. Ishhhhhh... Jahat jahat jahat..!


Tapi pandai gak si Eman Manan tu berlakon watak jahat kan.. Biasanya dia selalu jadi baik je.. Hehehe Kasi orang menyampah dan 'panas' je.. Rasanya part yang paling ramai orang sakit hati ialah masa ustaz Sauki tu tendang dan pijak Seri tu.. Kesian Seri.. Tak sabar aku nak tengok endingnya.. jeng jeng jeng...


Mungkin pada sesetengah orang, cerita sebegini merapu.. Citer Soffiya tu pun ada orang marah...  Tapi kalau manusia dah bertuankan nafsu serakah, hati pun akan turut menjadi hitam dan buta.. Akal lagilah, memang dah tak boleh nak fikir.. Dalam keadaan begini nothing is impossible.. Yang tak terjangkau dek akal fikiran pun boleh dilakukannya.. Ilmu yang dipelajari pun boleh pulak digunapakai mengikut kepentingan sendiri..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati yang dilakukan oleh seorang bapa yang kejam.. Berita penuh di sini. Bayi yang baru berusia 23 hari telah diliwat dengan kejam oleh bapanya yang tiada perikemanusiaan langsung! Inilah akibatnya kerana terlalu mengikutkan nafsu serakah sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa... Ke mana hilangnya rasa kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.. Tergamak dia melakukan perkara terkutuk itu terhadap bayinya sendiri.. Bapa sebegini seharusnya dihukum mati je..
*All photos are courtesy from Google image search.
Peringatan untuk kita bersama... Marilah kita sentiasa muhasabah diri.. Jangan dibiarkan nafsu bermaharajalela dan akhirnya kita yang menjadi hamba nafsu.. Bukankah manusia yang paling kuat ialah manusia yang dapat mengatasi hawa nafsunya.. Fikir-fikirkanlah... 

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

Kali ni nak join segmen Incik Hasrul Hassan lak.. Saje jer suka-suka, bole tambah kengkawan baru di alam maya ni.. Terima kasih juga kepada Incik HH sebab anjurkan segmen ni.. :)

Nama Blog: Saje jer...
Nama Blogger: 'Idun Sa'idun
Tahun Mula Berblog: 2011 (Februari)
Jumlah Follower Terkini: 166

Friday 7 October 2011

Sukaneka 2011 - Tahun 1

Hari ini telah berlangsungnya Sukaneka 2011 bagi Tahap 1 iaitu untuk Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah Qiqie Ila. 

Acara yang disertai oleh Qiqie dan rakan-rakan sekelasnya ialah berlari sambil membawa dua biji bola di bawah ketiak.. Ala-ala lari macam king kong gitu..hehehe..

Alhamdulillah.. Qiqie dan team Bendahara (rumah biru) telah berjaya menjadi johan untuk acara tersebut.. Seronok betul Qiqie.. Dah dekat rumah pun dok pakai lagi medalnya.. Hehehe... Katanya semalam, "Ibu.. Qiqie teringinlah nak menang sukaneka dan dapat medal.." Alhamdulillah.. Dah jadi kenyataan pun.. Tahniah cayang bucuk Ibu dan Ayah.. Muaahhhhhh...!!

Monday 3 October 2011

Loyar Hampeh!

Baru-baru ni kami terpaksa berurusan dengan pihak loyar atas satu urusan penting. Yang paling hampeh kedua-dua loyar firm ni amatlah pemalas dan servisnya amat mengecewakan..!

Dahlah kos guamannya mahal tapi keje lembab dan pemalas nak *&^%$#!!!! Oppss..Please excuse my harsh word..Hehehehe Semua loyar firm macam ni ke?? Atau hanya ada segelintir saja yang bersikap sedemikian?? Aku pun tau tau sebab baru berurusan dengan 2 firma guaman yang ngok ngek.. Tapi pengalaman ni dah cukup buatkan kami menyampah nak berurusan dengan loyar di masa hadapan..

Mereka mintak bil cukai tanah sebagai salah satu supporting document. Takde masalah, boleh bagi.. Memandangkan kami selalu buat pembayaran online, resit rasmi tak dikeluarkan oleh pejabat tanah.. Aku ni pun pegi la tipon tuan tanah eh silap..pejabat tanah.. Mintak advise.. Diorang kata boleh pegi kat website diorang, boleh check status pembayaran kat situ..

Aku pun kopipes dah siap terus email kat loyar.. Tapi tak tau lah kenapa loyar ni.. Sama ada dia ni tak baca apa yang aku email kat dia.. atau dia memang pemalas.. Atau she's simply an idiot yang suka menyusahkan orang lain.. Dia kata info yang aku email tak valid.. bla bla bla bla... 

Kejap-kejap email kat aku, mintak pulak bank statement sebagai bukti pembayaran cukai tanah dan macam-macam lagi.. Hadoooiiii... Pening kepala aku.. Apa yang aku email kat dia tu dah cukup buktinya... Nak bank statement buat apa lagi... Macamlah aku ni takde keje lain, asik nak melayan dia.. Pastu document sama gak yang aku email kat dia untuk kali KETIGA..! Tetiba dia kata valid lak... Benda yang sama gak aku hantar sampai tiga kali.. Apsal kali pertama dia kata tak valid, kali ketiga ok lak... Nampak sangat dia tak bukak attachment tu kan.. Grrrrrrrrr....!!!! Ada yang nak kena pancung ni karang..!

Ishhhh... dah tau pemalas dan bongoks.. Jangan jadi loyar..! Baik aku je yang ambik alih tempat dia tu.. Hahahahaha...! Geram aku..! Yang diorang ni pandai nak caj orang mahal-mahal je.. Kejenya hampeh!! #@#^&)*&^%!!!! 
*All photos are courtesy from Google image search.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...